Android Termurah Di Malaysia Hanya RM500

on Jumaat, 24 Februari 2012



DMD Mobile Sdn Bhd yakin mampu mencapai jualan lebih 100,000 unit telefon pintar android keluarannya, M3 Communicator yang ditawarkan pada harga di bawah RM500 menjelang akhir tahun ini bagi pasaran Malaysia dan eksportnya.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M Daud berkata, pihaknya akan menembusi pasaran Sri Lanka pada Mei ini dan seterusnya ke negara lain seperti Indonesia serta Barcelona, Sepanyol menerusi perbincangan dengan syarikat telekomunikasi di negara terbabit.

Beliau berkata, syarikat komited memberi pilihan kepada orang ramai yang mahukan telefon pintar seperti BlackBerry dan iPhone, tetapi pada harga yang lebih murah dihasilkan syarikat tempatan.

“Kami percaya telefon pintar M3 Communicator ini mampu memberi kepuasan kepada pengguna kerana selain harga yang 50 peratus lebih murah berbanding telefon pintar di pasaran, kami juga menekankan kualiti produk serta menyediakan semua kemudahan pelayaran Internet dan pelan data.

“Malah, menjelang April ini kami menyasarkan menjual kira-kira 5,000 unit M3 Communicator di seluruh negara dan merancang mengeluarkan antara dua atau tiga model baru tahun ini dengan mengekalkan harga RM500 bagi setiap jenis telefon pintar,” katanya pada majlis pelancaran M3 Communicator di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Ketua Pegawai Teknikal DMD Mobile, Herve Jegou.

Dr Mohammed berkata, sasaran pengguna ialah golongan berpendapatan rendah serta masyarakat di luar bandar dan antara ciri telefon itu termasuk platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, komunikasi bersepadu dan sembang, e-mel mudah alih dan sistem rangkaian sosial dilengkapi teknologi NFC.

Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

echaRierie berkata...

murah pn pakai duit jgk..haha


24 Februari 2012 10:12 PTG
eVa berkata...

wah! murah giler.. lps ni smua budak skolah mesti ada kot..


25 Februari 2012 7:44 PG
ArulchelseA berkata...

murah ni...kih kih kih..nk lapan


25 Februari 2012 9:47 PG
kay masingan berkata...

boleh angkat 2 lah kalo mcm ni..:)


25 Februari 2012 1:44 PTG
 
© Oh! Dunia Realiti | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO